8 Komplikasi Kehamilan PruBSN Takaful







Assalammualaikum WBT.


Pada 2014, Syarikat PruBSN Takaful telah melancarkan perlindungan untuk Komplikasi Kehamilan berserta Kad Perubatan Health Enrich.


Apa yang menarik, PruBSN Takaful merupakan satu - satunya operator Takaful yang mempunyai perlindungan berkaitan kehamilan.


Berikut merupakan senarai 8 komplikasi kehamilan yang dilindungi :




Tempoh Perlindungan :


Tempoh perlindungan Komplikasi Kehamilan adalah bermula antara umur 18 - 45 Tahun dan tempoh menunggu bagi pengaktifan plan ini adalah selama 365 Hari iaitu setahun.



1. Pembekuan Intravaskular


Pengaktifan bagi pembekuan dan sistem fibrinolisis ( protein yang mengawal pembekuan darah ) yang menyebabkan trombosis mikrovaskular ( pembekuan darah yang tidak normal dalam saluran darah kecil ). Jadi, masa yang lebih disebabkan oleh penggunaan platlet berlebihan dan faktor pembekuan menjadi lebih lama.


Rawatan dengan plasma beku dan pekatan platlet akan dilakukan.


2. Kehamilan Luar Rahim






Perkembangan ovum yang telah disenyawakan di luar rongga uterus ( rahim ). Kehamilan luar rahim perlu dilakukan pembedahan laparatomi atau laparoskopi.



3. Kehamilan Anggur






Merupakan penyakit trofoblastik gestasional dengan hiperplasia tidak normal bagi trofoblas ( pertumbuhan tidak normal tisu dan berkembang ke dalam plasenta ) mengakibatkan rahim yang penuh dengan tisu vili vesikular tidak normal. Tiada janin yang yang hidup.


4. Pendarahan Teruk yang Memerlukan Pembuangan Rahim


Pendarahan berterusan disebabkan oleh rahim yang tidak responsif dan rahim atonik, rahim pecah atau pelecetan serviks yang besar. Histerektomi perlu dilakukan.


5. Sawan Ketika Mengandung ( Eklampasia )


Kemunculan sawan tonik - klonik yang berlaku semasa kehamilan tetapi tidak disebabkan oleh gangguan otak yang sedia ada atau organik.


6.  Tekanan Darah Tinggi ( Toksemia )


Hipertensi yang disebabkan oleh kandungan yang dicirikan sebagai pembentukan kenaikkan tekanan darah ketika mengandung dan wujud protein di dalam air kencing selepas minggu ke - 20 kehamilan.



7. Air Ketuban Terperangkap Di Dalam Saluran Darah ( Embolisme Cecair Amniotik )

Kecemasan di mana cecair amnion, sel - sel janin, rambut atau serpihan lain memasuki aliran darah melalui dasar plasenta rahim dan mencetuskan tindak balas alahan. Tindak balas ini kemudian mengakibatkan keruntuhan kardiorespiratori ( Jantung dan Paru - Paru ) dan pembekuan darah yang tidak normal.




8. Darah Beku Tersumbat Di Dalam Salur Darah dan Paru - Paru 


Darah beku yang terlepas daripada bahagian distal dan berlegar di dalam sistem pendarahan vena dan kemudian memasuki bahagian arteri pulmonari ketika mengandung. Rawatan segera antikoagulasi harus diberikan.



Had Limit Tuntutan Kos Komplikasi Kehamilan


1. Health Enrich Select - RM 6, 000
2. Health Enrich Advanced - RM 10, 0000
3. Health Enrich Premier - RM 20, 000


Had ini tertakluk pada kadar tuntutan setahun dan akan direset semula selepas tempoh setahun. 

Firdaus

Agent of PruBSN Takaful

Executive Wealth Planner

Comitted about Insurance, Takaful, Finance and Career Management

Founder of Gerak Asia Sdn Bhd

No comments:

Post a Comment