Berkhatan di Poliklinik An - Nisa Ampang



Assalammualaikum WBT


Cuti persekolahan hujung tahun merupakan waktu di mana para ibu bapa meluangkan masa bersama anak - anak sambil bercuti, pulang ke kampung dan ada juga yang memilih untuk mengkhatan kan anak mereka semasa cuti.


Baru - baru ini, saya sendiri telah memilih untuk mengkhatan bayi lelaki saya yang berusia 2 bulan setengah. Terdapat beberapa klinik yang membuat khidmat berkhatan bayi yang berada dalam senarai tempat pilihan saya, antaranya ialah :


1. Pusat Perubatan Naluri Wangsa Maju ( Kos : RM 250 )

2. Klinik Kaymedic Batu Caves ( Kos : RM 180 )

3. Poliklinik An - Nisa' Ampang ( Kos : RM 150)











Pada mulanya, saya dan isteri memilih untuk melakukan proses berkhatan di Pusat Perubatan Naluri kerana sudah biasa berurusan di sana sejak pemeriksaan semasa bersalin dan bersalin di sana. Tetapi, memandangkan pada ketika itu doktor sedang bercuti dan kami perlu menunggu sehingga beliau bertugas semula, kami telah mencari beberapa tempat lain dan akhirnya bersetuju melakukan di Poliklinik An -Nisa Ampang



Temujanji untuk berkhatan diadakan pada waktu malam. Selain kami terdapat juga beberapa ibu bapa lain turut membawa anak mereka untuk berkhatan. 


Kaedah dan Proses Berkhatan


Proses berkhatan hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja. 


Di sini, tok mudim menggunakan kaedah ' clamp ' dan memotong menggunakan laser. Setelah itu, proses menjahit dilakukan.


Bagi saya, tata cara kerja yang dilakukan agak kemas dan tersusun. Staff juga agak mesra dan sedia membantu anda.


Buat anda yang masih mencari atau memilih tempat untuk mengkhatan kan bayi anda, bolehlah membuat temujanji di sini. 


POLIKLINIK AN-NISA' UKAY BISTARI


B-G-11, Residensi Bistari
Taman Ukay Bistari
68000, Ampang, Selangor

No Tel : 03 - 4162 8770

Pegawai Perubatan : Dr Mazhalimi Bin Mohd Ali





Sekian. Sekirtanya anda mempunyai pertanyaan bolehlah kemukakan di ruangan komen di bawah.




Firdaus

Agent of PruBSN Takaful

Executive Wealth Planner

Comitted about Insurance, Takaful, Finance and Career Management

Founder of Gerak Asia Sdn Bhd

12 comments:

  1. sekarang, ad nampak x kesan jahit?

    ReplyDelete
  2. Tiada, lepas 1 minggu benang akan reput sendiri dan tercabut.

    ReplyDelete
  3. Di taman ukay bistari ke clinik ini

    ReplyDelete
  4. assalam en firdaus sy cuba kol no. yg diberikan (Tel : 03 - 4162 8770) tetapi talian seperti tidak aktif, masih ada lg ke klinik an nisa di taman ukay bistari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, ya, klinik tersebut masih ada.

      Delete
  5. saya baru call tadi.. alhamdulillah dpt booking utk khamis ni.. harap2 semua berjalan lancar utk baby saya.. terima kasih tuan tanah atas perkongsian bermanfaat ini..

    ReplyDelete
  6. tumpang tanya unt kos anak darjah 5 ye berapa unt total kos telifon x berjawap td klinik masih active ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa dalam lingkungan RM 150 - 200 puan semasa saya buat untuk anak saya. Setahu saya masih aktif klinik tersebut

      Delete