Assalammualaikum WBT
Mungkin anda yang kini sedang hamil dan mencari - cari Pusat Bersalin selain daripada Hospital merasa buntu dan sering membanding - bandingkan kelebihan dan kekurangan Pusat Bersalin yang ada.
Bagi anda yang mencari Pusat Bersalin, saya mencadangkan Pusat Perubatan Naluri yang terletak di Wangsa Maju.
Mengapa ?
- Pusat Perubatan Naluri terletak berhampiran dengan kawasan tempat tinggal dan perumahan. Bagi anda yang tinggal di kawasan sekitar adalah sangat mudah untuk pergi ke Pusat Perubatan Naluri sekiranya berlaku kecemasan atau kesuntukan masa untuk membuat pemeriksaan bulanan.
- Waktu operasi yang panjang iaitu seawal 8.30 Pagi - 9.00 malam. Ini memudahkan anda untuk membuat waktu temujanji sekiranya sibuk bekerja pada siang hari.
- Keadaan klinik yang bersih dan selesa amat menyenangkan anda sementara menunggu giliran untuk dipanggil.
- Staff yang ramah. Anda tidak perlu risau, staff di sini mesra melayan anda sebagai tetamu dan sekirannya anda mempunyai sebarang masalah jangan segan untuk bertanya dan meminta bantuan mereka.Ada yang kata, Klinik Swasta, layanan memanglah mesra. Harus untuk menjaga hati pelanggan. Bagi saya, Swasta ataupun tidak, tanggungjawab menjaga dan mesra pelanggan adalah tanggungjawab setiap individu ketika berurusan
- Kemudahan1. Surau2. Lif3. Tandas4. WifiSegala kemudahan tersebut turut terdapat di Pusat Perubatan Naluri. Jadi anda tidaklah perlu risau
- Harga yang ditawarkan cukup berbaloi.Untuk pakej bersalin normal adalah lebih kurang RM 2, 500 all in. Bilik berkapasiti besar lengkap dengan tandas, peti sejuk, mivrowave, sofa bed dan television.
Mengapa Pilih Swasta ?
Seringkali saya diajukan soalan seperti berikut iaitu Mengapa Perlu Bersalin Mahal - Mahal ? Sakit sama juga.
Saya tahu dan saya mengerti, mungkin bagi anda yang tidak pernah melihat dan melalui pengalaman bersalin di Hospital Biasa rasa seakan - akan membazir jika bersalin di Hospital Swasta.
- Jika di swasta, saya berhak memilih sama ada saya mahukan Doktor yang menyambut kelahiran anak nanti Lelaki atau Perempuan.Tidak dinafikan, mengikut hukum adalah tidak salah sekiranya yang menyambut adalah Lelaki. Tetapi memikirkan tentang keselesaan isteri dan rasa malu beliau ketika pemeriksaan dan ketika bersalin nanti, apa salahnya berkorban sedikit demi mereka.
- Waktu yang fleksibel. Apabila di swasta kita berhak memilih masa dan waktu yang bersesuai dengan jadual anda. Gunakanlah duit yang ada untuk membeli masa. Duit boleh dicari, masa pula akan berlalu. Tidak berbaloi rasanya menghabiskan masa berejam - rejam untuk pemeriksaan walaupun percuma.
Pusat Perubatan Naluri
94, Jalan Wangsa Delima 6,
Pusat Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Sekian, terima kasih. Sekiranya anda mempunyai soalan tentang pengalaman berkaitan Pusat Perubatan Naluri bolehlah ajukan di ruangan komen. InsyaAllah
No comments:
Post a Comment